16 mei ari guru...1 malaysia menyambut ari guru neh...tarikh ni dipilih krn pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. terdapat beberapa objektif hari guru ini disambut...antaranya :
- Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
- Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
- Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
- Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
- Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
- Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
logo yg diletakkan pd atas blog ialah logo hari guru..warna putih menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan...warna perak menunjukkan rakyat bersatu padu dan teguh...manakala warna merah menunjukkan keteguhan semangat..warna kuning pula menunjukkan sinaran cahaya pd masa hadapan..warna biru menunjukkan perpaduan muhibbah..manakala bulan dan bintang membawa erti yg terkandung dlm bendera malaysia...
sambutan hari guru bg thn 2010 tlh diadakan di Universiti Malaysia Pahang..tema pd thn ini ialah GURU PEMBINA NEGARA BANGSA..dgn ini sy mengucapkan kpd guru2 yg pnh mengajar saya dan lecturer2 di Universiti Malaysia Perlis, selamat menyambut hari guru...jasa dan pengorbanan yg tlh anda semua lakukan amt bermakna kpd semua ank2 murid anda...terima kasih cikgu...
0 comments:
Post a Comment