pd zmn dhulu, daun sirih sering digunakan utk perubatan tradisional.Di India, sirih digunakan untuk mengubati penyakit di mulut, tekak dan lapisan perut.. Di Afrika Timur, daunnya digunakan untuk ulser bernanah dan jusnya untuk selsema serta penyakit radang kerongkong.. Masyarakat Filipina menggunakan sirih untuk mengubati masalah gastrik dan penyakit paru-paru yang dihadapi oleh kanak-kanak.. Di Kemboja, daun sirih yang ditumbuk dijadikan losyen mandian untuk mengubati penyakit seperti demam, demam campak, kelenjar membesar dan lymphagitis..khasiat-khasiat ini tlah terbukti kesahihannya apabila pelbagai kajian tlah dilakukan oleh institusi-institusi pengajian tinggi..antara hasil kajian yg dilakukan mendapati daun sirih mempunyai bhn2 aktif yg boleh menegangkan kulit dan menghilangkan kedut2 di muka sekaligus menampakkan kita sperti awet muda..selain itu, daun sirih juga dpt mengecutkan tisu2 organik dan juga boleh membunuh kuman..air daun sirih amat baik untuk wanita krn boleh membantu mengurangkan mslah keputihan..daun sirih juga digunakan utk membuat hantaran perkahwinan..terdapt pelbagai produk yg telah menggunakan estrak daun sirih..sebagai contoh, Sireh Emas Sdn. Bhd. tlh menggunakan daun sirih untuk menghasilkan produk cucian wanita..selain itu Sireh Emas juga mengeluarkan produk kecantikan kulit yg menggunakan estrak daun sirih..
PETUA-PETUA MENGGUNAKAN DAUN SIRIH
- Asma - Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya.Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakit asma.
- Batuk Lelah - Daun sirih dilayur dan dituam ke dada pesakit. Air daun sirih diguna untuk minuman kepada pesakit.
- Bau Badan - Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.
- Demam - Tujuh helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan tiga ulas bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan dua kali sehari, cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin.
- Demam Panas - Tiga helai daun sirih diramas ke dalam semangkuh air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan dan tuamkan pada kepala, lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.
- Keputihan - Mandi dengan air suam rebusan daun sirih selama tujuh hari untuk membersihkan vagina, rasa gatal dan keputihan akan hilang. Amalan memakan daun sirih setiap hari juga boleh mengelakkan dari masalah keputihan.
0 comments:
Post a Comment