Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition...name penoh untuk LIMA...hehe..macam bese la..bile start bln 12 pameran ni pon start...venue die kat Mahsuri International Exhibition Centre, Langkawi...maybe sebab tmpat die yg mnarik dan ley tarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara...tujuan LIMA ni diadakan adalah untuk mempamerkan teknologi dan keupayaan produk dari negara-negara yg menyertai pameran ini..
Pameran ini telah menjadi platform untuk pencipta dlm bidang aerospace dan bidang berkaitan untuk mempamer dan mempromosi teknologi aerospace yang paling baru kepada pihak kerajaan, awam dan tentera serta ketua-ketua industri di Malaysia mahupun di serata Asia Pasifik..hampir setiap pameran LIMA memberi pulangan yg lumayan kepada pencipta2 aerospace dan negara-negara yang terlibat dalam pameran tersebut...Asia Pasifik merupakan pasaran utama untuk industri maritim dam aerospace...pasaran yg menunjukkan peningkatan perbelanjaan dalam aset dan servis untuk pertahanan udara, laut, penguatkuasa, dan awm..rekod LIMA telah menjadi kunci tarikan para pembeli dalam produk-produk ini...
INFO MENGENAI TEMPAT PAMERAN :
- Mahsuri International Exhibition Centre
- Terletak di tengah-tengah Langkawi dan hanya 30 minit dari hampir semua hotel, resort dan pekan Kuah
- Bertempat di sebelah Lapangan Terbang Langkawi memudahkan pameran kapal terbang dijalankan
- Dibuka kepada awam pada 5 Disember 2009 (dengan bayaran masuk RM20 seorang dan kanak-kanak di bawah 12 tahun adalah percuma). Sesiapa yang ingin memasuki pameran ini harus mendaftar kaunter pendaftaran.
- Pakaian haruslah smart kasual dan pihak penganjur berhak menghalang pelawat yang berseluar jeans, berselipar atau berkasut sukan daripada memasuki pameran
INFO PENGANJUR :
ALAMAT SURAT-MENYURAT : 35F-1-6, Jalan 2/27F KLSC II, Section 5, Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur, MALAYSIA. | Tel : +603 4142 1699 Fax: +603 4142 2699 |
0 comments:
Post a Comment